<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "FFFFFF"; google_color_bg = "FFFFFF"; google_color_link = "000000"; google_color_url = "000000"; google_color_text = "000000"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/sorry.swf"> SEPI
2
http://irah.blogdrive.com











   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Aug 30, 2008
I'm back

Apakah nilai cinta pada seorang lelaki. Aku kadang2 tak faham dengan mereka. Aku cuba menjadi yang terbaik dalam hidup dia. Menyokong jiwanya agar tak terus rebah menyembah tanah. Menyuluh jalannya, agar dia tak kegelapan lagi. Tapi apa aku dapat akhirnya. cuma sebuah kekecewaan


Posted at 09:55 pm by AmieraEmirMRH
Make a comment  

Jan 25, 2008
hari ini

 

 

hurm... dah  hari aku demam, batuk2. tapi dia buat tak tahu jer buka nak tanya khabarpun. tambah sakitkan hati. aku tahulah dia tak ade pape ngan perempuan tu. tapi hati aku sakit gak bila ade perempuan lain yang asyik call and mesej tunang aku. cakap i love u n i miss u. kalau orang lain takper juga. ni kawan aku sendiri. depan aku punyalah baik. belakang aku dia tikam aku. cukup2.

aku tak tahu ape lagi yang aku perlu buat. nak teruskan ke ikatan ini hingga ke pelaminan atau aku putuskan ia di sini. sebelum ia menjadi barah di hatiku....

 


Posted at 06:25 pm by AmieraEmirMRH
Make a comment  

hurm

 

 

Dah lama blog ni wujud. Namun aku biarkan ia sepi. Sesepi namanya.


Posted at 06:20 pm by AmieraEmirMRH
Make a comment  

Jan 8, 2008
Andai engkau bukan milikku

 

Andai engkau bukan milikku sayang,

Andai engkau bukan yang tercipta untukku,

Andai yang tertulis untukmu bukan aku, Andai aku bukan yang terbaik untukmu........

Pergilah.......

Kurelakan............

Walau aku tak mampu bernafas lagi.................


Posted at 07:29 pm by AmieraEmirMRH
Make a comment  

Mar 29, 2006
BELAJARLAH DARI ALAM......

BELAJARLAH DARI ALAM…

 

Belajarlah dari matahari…

Adil menebarkan cahaya dan memberi kehangatan kepada semua baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat sikejam… kepada semua makhluk ciptaan Illahi.

 

 

Belajarlah dari bunga…

Sentiasa senyum menyebarkan haruman. Menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggenbirakan setiap mata yang memandang.

 

 

Belajarlah dari lebah…

Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat yang membara.

 

 

Belajarlah dari pokok…

Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.

 

 

Belajarlah dari bulan..

Tenang memancarkan cahayanya kemilau dan indah buat menyuluh malam gelap.

 

 

Belajarlah dari sungai…

Tabah bergerak menuju destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatupun mampu menghalang kemaraannya.

 

 

Belajarlah dari daun yang luruh…

Sabar ketika menghadapi kesukaran. Sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.

 

 

Belajarlah dari hujan…

Kehadirannya dinanti-nanti buat menyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi ‘nyawa’ pada tumbuh-tumbuhan.

 

 

Lihatlah ke dalam diri, pelajari sifat-sifatnya. Alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Ya, belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya…

 

                                                            MASTIKA, OGOS 2005



Posted at 10:34 am by AmieraEmirMRH
Make a comment  

SAJE NAK UJI

 

SATU

 

HANNAH NURISSA ABDULLAH

 

            Aku mulakan langkahanku dengan menyebut nama Allah. Aku tak lupa pesan Ummi. Aku takkan pernah lupa pada insan itu. Dia bukan ibu kandungku. Tetapi aku telah menganggap ummi seperti ibuku sendiri. Sejak aku diambil Ummi dan Babah dari rumah anak yatim 19 tahun lalu dia tidak pernah berhenti memberi aku nasihat. Memberi aku kasih sayang yang tak pernah aku terima dari darah dagingku sendiri. Dia jugalah mengajar aku menjadi dewasa.

            Semalam sewaktu mengemaskan barang-barangku entah berapa bakul nasihat yang dia beri pada aku. Sempat juga dia berpesan pada abang Muadzim dan Kak Aidah agar selalu melawat aku. Sebelum pulang dia menghulur satu bungkusan berisi sepasang baju kurung. Hijau pucuk pisang. Warna kegemaranku. Terima kasih ummi untuk segala-galanya.

            Sekolah baru. Suasana baru. Aku berdiri tegak di hadapan pintu gerbang sekolah. Sekolah Menengah Bandar Baru, terimalah aku sebagai wargamu. Begitu bersemangat aku. Nak mulakan hari baru. Tapi ada je yang buat spoil. Mentang-mentanglah aku ni jalan kaki mamat naik kereta storm tu buat tak nampak aku. Sombong. Habis basah baju baru aku. Tak pernah aku dimalukan begini. ‘ Cikgu baru ye?’ tanya seseorang. Kulirik pada tanda nama di dadanya. Mohd Khuzaimi. Cantiknya nama sepadan dengan orangnya. Perfumenya menusuk ke dalam hidungku.

            ‘ Ye. Saya Hannah Nurissa’

            ‘ Cantik nama tu. Saya Mohd Khuzaimi Mansor. Kat sini semua panggil saya Cikgu  Aimi. Kenapa tadi tu?’ katanya sambil memandang ke atas ke bawah. ’ Habis basah baju Nur.’

            ’ Hannah.’ Aku membetulkan. ‘ Sombong betul ye orang kat sini. Tadi satu kereta terlanggar lopak air. Habis basah baju saya. Spoilkan hari pertama saya kat sini je.’

            ‘ Biasalah tu, Nur. Orang kat sini bukan sombong tapi nak kejar masa. Sibuklah katakan’

            ‘ Hannah’ aku membetulkannya sekali lagi. Pantang betul aku orang memanggilku dengan nama Nur. Bukan apa, dah terbiasa. Nur tu panggilan ayah dan ibu untuk aku. Aku tak mahu orang lain memanggil aku sedemikian. Itu sahaja kenangan yang ada padaku tentang mereka.

            ‘ Hannah atau Nur tetap nama Nurkan?’

            Biarkanlah. Malas dah aku nak layan. Kadang-kadang lelaki ni menganggap semua yang mereka buat betul. Macam Pakngah. Macam Pak Usu. Macam Dzakaria. Tak pernah nak mengaku salah sendiri. Tak pernah nak dengar cakap perempuan macam aku ni. Tapi nak marah-marahpun nak buat apa dah itu sifat lelaki.

            ’ Nur ajar apa? Dari maktab mana? ’

            ’ Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Kat sana ambil pengajian Sains. Tak tahulah ajar apa. tadi akak kerani tu cakap tak tentu lagi ajar apa. katanya kat sini Ustazpun ajar Bahasa Melayu’

            ’ Biasalah tu. Kadang-kadang terlebih kat satu tempat, terkurang kat tempat lain. Kenalah mengajar yang bukan opsyen kita. Nak buat macamana. Tapi cikgukan seorang yang serba boleh. Kita boleh ajar apa sahaja. ’ aku mengiakan kata-kata Cikgu aimi yang memang ada kebenarannya.

            ’ Hai Mi, U jual minyak urut ke? New teacher? I’m Puspha Buspanathan.’

            ’ Hannah’                                  

            ’ Nice name. Ajar apa?’ Cikgu Puspha menunjukkan minat. ’ Sains’ jawabku pendek. ’ Thank God! ’ aku buat muka tak faham.kenapa tiba-tiba dia cakap macam tu.

            ’ Buat pengetahuan U Hannah, dah 2 bulan lebih budak-budak tu asyik tukar cikgu. Kami kat sini kekurangan Cikgu Sains ’

            ‘ Cik Hannah Nurissa Abdullah. Tuan pengetua nak jumpa.’ Kata kak Norsidah, kerani sekolah sebelum sempat kami berbual panjang.

 

 

            Panjang cerita di bilik pengetua tadi. Puan Norhayati. Cantik. Itulah perkataan pertama yang dapat aku fikirkan sebaik sahaja memandang wajahnya. Macam-macam peraturan yang disampaikannya. Macam-macam nasihat. Menambahkan gentar yang ada dalam hati. Apa tidaknya anak-anak murid yang bakal aku ajar anak-anak orang berada.

Aku rasa macam nak menangis apabila Puan Norhayati memberitahu aku kelas yang terpaksa aku ajar. 4 Rajin. 4 Usaha. 3 Yakin. 3 Usaha. 3 Maju. Kubaca satu persatu nama kelas yang bakal aku ajar. Kenapa Form 3. Itukan kelas perperiksaan aku ni pulak cikgu baru. Kenapa aku dibebankan dengan 3 kelas tingkatan . Apapun aku terpaksa terima. Teringat kata-kata Cikgu Aimi sebentar tadi. Cikgukan serba boleh.

Rasa menggeletar pula lutut aku sewaktu melangkah masuk ke dalam kelas 3 Maju. Kelas pertama dalam sejarah aku menjadi guru. Apapun yang berlaku dalam kelas ni akan menjadi kenangan manis buat aku. ’Astagfirullah.’ Terpacul ayat itu dari mulutku sewaktu melangkah masuk ke kelas itu. Tak tahu apa nak cakap. Tapi aku dah agak apa yang akan menanti aku.

’ Bangun.... Assalamualaikum cikgu’ kata pelajar bercermin mata di hadapan sekali. Mungkin dia ketua kelas. ’ Assalamualaikum cikgu....’ ucap pelajar kelas itu serentak tapi macam tak bersemangat.

Aku mengira jumlah pelajar. 34 orang. Bermakna hari ini semua hadir dan aku berpeluang mengenali semuanya. ’ Waalaikumusalam. Duduk’

’ Mulai hari ini saya akan mengajar awak sains dan saya akan jadi cikgu kelas awak.’ Aku memulakan bicara. ’ Nama?’ jerit pelajar di belakang sekali.

’ Hannah Nurissa. Panggil Cik Hannah’

’ Panggil Sayang boleh tak?’ aku terus memandang ke arah datangnya suara itu. Melirik pada tanda nama. Muhammad Ainuddin. Kubiarkan sahaja. Tak tahu nak cakap apa. tapi ia cukup menguji kesabaran aku.  ‘ Saya nak kamu perkenalkan nama kamu. Mulakan dengan…. Ha awak’ Tunjukku pada ketua kelas.

‘ Nama saya Khairul Amir’

‘ Saya Rohaizad’

‘ Saya Nurashikin ‘

Aku mendengar satu persatu nama disebut. Menanam dalam ingatan. Tapi mataku tak lepas memandang ke arah Ainuddin. Entah kenapa aku seperti tertarik untuk mengenalinya lebih dekat. 

 

 

’ Macamana kelas tadi Hannah? 3 Majukan?’Tanya Kak Aqilah, cikgu sejarah yang duduk bertentangan dengan aku. ’ Tak tahu nak cakap kak. Hari ini saya buat sesi ta’aruf aje. Akak tahu ada seorang tu cakap panggil sayang boleh tak.’ Kataku sambil tersengih. ’ Tak Bulkhoney mesti si Ainuddin tu.’

’ Macamana akak tahu?’

Kak Aqilah ketawa mendengar soalan aku. ’ akak tahulah. Akak dah ajar diaorang dari tingkatan 1 lagi. Perangai diaorang tu dah ada dalam kocek akak. Diaorang tu bukan tak pandai. Terutamanya Ainuddin tu. Malas aje. Kalau usaha sikit tentu boleh skor punya. Akak tak tahu macamana silapnya. Si Ainuddin tu masa tingkatan 1 kelas pandai. Tapi bila tingkatan 3 ni dia banyak berubah. Ada masalah keluarga agaknya.’

Kata-kata kak Aqilah menambahkan keinginan aku mengenali ainuddin dengan lebih dekat.

 

 

 

 

           

 

 


Posted at 10:16 am by AmieraEmirMRH
Comment (1)  

Mar 28, 2006
Rindu datang lagi...

 

Rindu datang lagi... hari ini. Merobek benteng ketenangan yang aku bina. Runtuh tak bersisa. Lalu angin sepi menerobos ke segenap liang sarafku. Memekik dan menjerit. Apa yang harus aku lakukan?

Aku mencari kenangan yang dia tinggalkan di segenap ruang hatiku. Kutemui sekilas senyum manisnya... Cukuplah. Aku harus menoktahkan rindu ini.... aku harus menamatkan kisah cinta yang tak kesampaian ini... Walau aku perlu membayarnya dengan nyawa....


Posted at 01:04 pm by AmieraEmirMRH
Make a comment  

Mar 24, 2006
Kekasih 17

 

 

Di langit biru yang meluas

aku terbayang senyummu

dalam kicau beburung

aku terdengar suaramu

pada mentari yang bersinar

aku terbayang sinar matamu

dalam deruan sang bayu

aku terasa belaianmu

rindukah aku..........


Posted at 11:14 am by AmieraEmirMRH
Make a comment  

Oct 7, 2005
LOVE HAS NOTHING TO PROVE

Somewhere in Nigeria, Obinna had a girlfriend. He loved her so much…Months later, he lost his job. And his financial status started dwindling, plunging downhill. As a result, he started selling his properties for them to survive. All these while, his girlfriend - let’s call her Chioma - stood by him as he was selling his TV, refrigerator, AC, furniture, and every other household properties in turn, that he could afford to sell.

Pretty soon, the once ostentatious house was virtually empty. Even in that state, Chioma still stood by him, subsequently going the extra miles in supporting him at his financial ebbs, though she had just little finances of her own.

One day, she came back home to see, to her shock, all the household stuffs that Obinna supposedly sold back in their places. Myriad questions marks could be seen popping out of her confused head. What’s going on here? Was the summary of it all.

Then came in Obinna to demystify the perturbed Chioma. He had loved her so much that he wanted to take their relationship to the next level, which he planed would ultimately end in marriage. But he was not so sure she loved him for him. Or for his money. Simple logic demanded that if she loved him for him, then she loved him. But if she loved him for his money, then she did not love him. So, he was not so sure of which…

He was very grateful to her for her unshaken faithfulness to him throughout the financial “ebb” of his life. Truth was, he never really lost his job. He made her believed he did. Nor did he really sell his stuffs. He was systematically keeping them at his friend’s who knew about his little secret. And he expressed his immense gratitude to her for being there with him throughout these moments of her trial.

“Now I know you love me truly,” he said tenderly, kneeling down in front of her, and romantically presenting to her an expensive engagement ring. “Will you marry me, Chioma.”

She was mad! Raving mad!! For she had loved him all along. With or without his money. Putting her to the test meant to her that he doubted her love for him. And for that singular reason – SHE LEFT HIM FOR GOOD!

I guess the moral of this tale is: True love has nothing to prove.



Posted at 10:52 am by AmieraEmirMRH
Make a comment  

Oct 5, 2005
Aku bersyukur pada Allah kerana..

Untuk renungan kita bersama... Insyallah.
 
   Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan difikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manusript di bawah.
Amin


   Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah
walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana
saya lebih mulia dari bangsa Majusi.
 
   Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa
Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir

 
   * Cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir
tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...
     
   Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada
Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia
dari dilahirkan sebagai anjing.
 
    Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur kepada Allah
walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi. 
 
   * Mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...
 
   Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".
 
   Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu
membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada
akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?
 
 
Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah
benar dan syurga itu adalah benar...
 
                                    maha suci ALLAH.
 
 

Posted at 12:24 pm by AmieraEmirMRH
Make a comment  

Next Page